Ahad, 8 Disember 2013

TAK NAK BERDOSA


lintasan hati berkata:
"hari ini aku akan lalui hidup aku dengan sebaik mungkin....aku tan lakukan walau sedikit dosa...aku nak buat semaksima kebaikan pada orang lain...aku nak pelihara lidah aku daripada berkata yang tidak baik...aku nak melakukan ibadah sesempurna yang boleh....."

aku lalui detik-detik kehidupan aku seperti biasa...
ah....kecundang...aku yang sebelum ini bertekad untuk tidak melakukan dosa akhirnya terjerumus dalam dosa....
sedih....masih lagi banyak terdapat lompongnya dalam mencapai matlamat hidup....

lantas aku terfikir sendirian....
mampukah aku untuk tidak melakukan dosa dalam melalui sisa-sisa dalam hidupku....

setiap hari aku memasang azam...
setiap hari juga aku kecewa dek kerana kelalaian diri sendiri...
aku terlajak lagi dalam melakukan dosa walau aku bertekad untuk tidak melakukan dosa...

lantas terasa aku makin jauh dari Allah....
aku cuba positifkan mindaku....
duhai diri...
mintalah pengampunan dari Allah....
Allah itu pengampum....


aku memang tidak akan berasa puas dengan amalanku sehari-harian...
kerana aku tahu 

Jumaat, 11 Oktober 2013

naik turunnya kehidupan

assalamualaikum....

Setelah lama blog ini ana biarkan sepi tanpa post2....hari ini ana kembali menulis....bukan kerana kehabisan idea untuk menulis...namun kekangan demi kekangan tertentu menyebabkan ana lama tidak menulis...alasankah???? semoga Allah merahmati daku.....

naik turunnya kehidupan.....

mungkin lebih pada muhasabah post ana kali ni...melihat rentak manusia yang pelbagai...ada yang kalah dengan seronoknya dunia...ada yang melihat jauh ke syurga justeru terus memulakan langkah untuk kesana....dan ana???? moga Allah tuntun diriku ke sana....

saban hari melihat manusia bertukar ganti dengan watak-watak tersendiri di pentas lakonan ini...aku semakin menginsafi diri...bimbang ada aku menjadi watak yang baik di pentas dunia atau hanya sekadar watak sampingan atau aku sebenarnya watak yang jahat tanpa aku sedari....moga aku tergolong dalam golongan orang-orang yang melangkah dengan langkah orang yang soleh.....

berkali-kali Allah berikan padaku peluang untuk memperbaiki diri...masih ingat satu kejadian pada malam itu yang mana ana mengalami satu musibah....tidak lekang lidah dan qalbuku mengucap kalimah syukur pada Dia kerana tidak terjadi apa-apa yang pada kami....terasakan seolah-olah Allah memberikan pada kami peluang untuk perbaiki diri....

namun....berlalunya hari membuatkan ana terleka untuk kali yang seterusnya....

Allah ketuk pula hati ana dengan pemergian orang di sekeliling ana... Ya Allah betapa hati ini lalai....
tiba-tiba hati tersentuh mengenangkan nasib orang-orang yang aku sayangi yang masih lagi berseronok dengan dunia masing-masing seolah-olah tidak hiraukan langsung dengan esok yang belum pasti tiba buat dirinya....atas dasar sayang, aku terus berusaha membawa mereka ke jalan yang sepatutnya....namun semuanya berlaku atas kehendakNya...semoga Dia memudahkan urusanku di dunia dan akhirat....

Ahad, 8 Januari 2012

PERGINYA SEORANG MURABBI

Assalamu'alaikum warahmatullah....
AL-Fatihah (mohon jasa antum membaca fatihah buat murabbi ana yang baru sahaja menghembuskan nafas beliau baru-baru ini)

Kebelakangan ini ana agak sibuk..sibuk melawan nafsu...berperang membaiki sifat2 mazmumah dalam diri yang terasa semakin menjadi2 kebelakangan ini....mengisi kekosongan hati...merawat hati yang sakit...cuba mencari sinar keimanan agar menyinari kembali hati yang telah lama malap...mengharapkan ketenangan dari-Nya...sesekali terasa sangat lemah....

Namun hari ini Allah mengetuk pintu hati ana agar tidak terlalu asyik dengan dunia....baru sebentar tadi berbalas sms dengan kakak ana...sehinggakan ada satu balasan darinya yang menyebabkan ana terpukul...jiran sebelah rumah ana yang biasa ana gelarkan dengan panggilan cik mat kakak ana memanggilnya dengan panggilan arwah cik mat...Allah...tersentap hati ana tatkala itu juga...ana bertanya lanjut perihal jiran ana tersebut pada kakak...nyata sekali kakak ana tidak tersalah taip...masing2 terkejut...ana terkejut kerana ana tidak tahu berita pemergian tok guru ana dan kakak terkejut dengan soalan2 ana yang nampak seperti tidak tahu apa2...

Realitinya, jiran ana yang ana panggil "ayah" sudah tiada lagi...beliau pergi menghadap Yang Esa....
Sempat ana sedekahkan yasin buat arwah...arwah adalah tok guru yang mengajar ana mengaji sewaktu ana kecil dahulu..dari alif ba ta sehinggalah ana tamat beberapa kali dengan arwah...arwah banyak berjasa kepada jiran2 sekeliling...sangat baik dan ana sangat mengagumi arwah....teringat ana sewaktu musabaqah hafazan ketika ana di sekolah rendah, arwah banyak membantu ana...juga adik beradik ana kebanyakannya belajar mengaji dengan jiran ana...

Ana doakan roh beliau aman di sana....

Teringat pula ana pada arwah tok...walaupun tua, nur di wajahnya menampakkan kecantikan arwah tok...ana pernah bertanya pada emak perihal arwah tok, mak jawab, tok kuat beramal...sebab tula cantik....ana sempat bersama arwah tok walaupun tak lama...arwah tok memang kuat beramal sehinggakan dalam keadaan arwah tak larat nak berjalan sekalipun, solat malam tidak pernah ditinggalkannya...kalau ana masuk bilik arwah pasti arwah hulurkan kitab2 lama untuk ana baca....arwah juga tak pernah lekang dengan zikir...subhanallah...arwah sangat tekun beribadah....

Ana akan hadiahkan 30 juz bacaan al-quran buat arwah "ayah" dan arwah tok ana....insyaALLAH...
Allahummaghfir lahum warhamhum wa'afihim wa'fua'anhum...

Sejenak diri bermuhasabah....
Sudah bersediakah bertemu denganNYA?...saat dan waktu itu pasti tiba...bila?? bagaimana?? dimana???ana sendiri tidak tahu...persediaan masih kurang...masih sangat sedikit...dosa dengan Allah melangit tidak terhitung banyaknya...ditambah dengan dosa sesama insan...Ya Allah...Kau permudahkanlah jalan bagiku ke sana....hamba selama ini terlalu leka dengan duniaMu....

Ahad, 13 November 2011

DOAKU BUAT IBU AYAHKU

Ya Allah Ya Tuhanku...
Dengan limpahan maghfirahMu...
Hamba mohon Engkau ampunkanlah dosa dan noda ibu ayahku...
Engkau rahmatilah perjalanan hidup mereka...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Dengan rahmat dan kasih sayangMu...
Hamba mohon Kau kasihanilah ibu ayahku setulus kasih dariMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Dengan kekuatanMu...
Kau kuatkanlah kati ibu ayahku dikala ini...
Dikala mereka dalam perjalanan menuju maghfirahMu...
Melalui duri2 rintangan di jalanMu...

Ya Allah....
Kau mengirimkan anak-anak kepada ibu ayahku....
Kau berikan ujian untuk ibu ayahku mendidik anak-anak itu....
Saban kali terlihat butir-butir jernih di raut ibuku dek kerana kelelahan mendidik anak itu...
Kau berikanlah kekuatan buat ibu ayahku untuk menghadapi ujianMu ini Ya Allah....
Kerana hamba tahu ujianMu ini untuk mendekatkan lagi ibu ayahku denganMu Ya Allah...

Ya Allah..
Di malam hari hamba melihat sekujur tubuh menangis hiba memohon dan merayu dariMu...
Itulah ibuku yang kusayangi...
Kau Maha Mendengar segala rintihan ibuku...
Yang kutahu ibuku banyak menghabiskan malamnya berdoa buat anak-anaknya....
Ya Allah...Kau kirimkanlah khabar gembira buat ibuku agar ibuku tidak menangis lagi...
Ya Allah Kau jadikanlah kami anak-anak yang taat kepada kedua ibu bapa kami...
Kau sematkanlah dalam diri kami rasa cinta ban sayang buat mereka...
Kau perbaikilah akhlak dan tingkah laku kami terhadap mereka....

Ya Allah....
Ibu ayahku menginginkan kebaikan dari kami...
Hamba mohon dengan rahmatMu....
Kau kurniakanlah kebaikan itu kepada kami....

Ya Allah....
Ayahku mengharapkan kami bersedia dengan bekal yang cukup untuk menuju akhirat...
Maka hamba mohon dengan KekuasaanMu Kau lunakkanlah hati kami dalam mentaati perintahMu...
Ayahku inginkan ketenangan dalam mendidik dan membesarkan kami...
Kau berikanlah ketenangan kepadanya agar nanti tidak lagi aku melihat wajah yang keluh kesah kerana sukarnya mendidik kami....

Ya Allah...
Kau ringankanlah beban ibu ayahku...
Tak tertahan hati melihat kesedihan di raut wajah mereka...
Ya Allah...
Hanya Engkau yang mengetahui segala hikmah di sebalik ujianMu kepada ibu ayahku ini...
Hamba mohon Kau cekalkanlah hati mereka...
Kau berikanlah ketabahan kepada mereka...
Kau berikanlah kekuatan kepada mereka...
Kau kurniakanlah kebahagiaan kepada mereka...
Dan Kau jadikanlah kami penyejuk di hati mereka...

Ya Allah..Aku mohon Kau tunaikanlah hajat ibu ayahku....
Ampunkan hambaMu ini jika hamba berlebih dalam meminta....
Yang hamba inginkan kebahagiaan ibu ayah di dunia dan akhirat...
Amin Ya Allah....

Ahad, 23 Oktober 2011

BICARA IMAM MUDA

Salam cahaya ilmu buat semua perindu ilmu Allah...moga antum tetap tsabat di jalan yang lurus...selawat serta salam buat kekasih sekalian ummah, Nabi Muhammad Sollallohu 'alaihi wasallam...

Ana ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana dapat semalam dalam bicara imam muda...just sedikit point2 penting yang sempat ana take note...moga bermanfaat buat semua dan ana juga...

Bicaranya berkisarkan tajuk 'Peranan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan Negara'
Tidak dapat tidak kita pasti akan menjadi pemimpin...tapi mengikut konteks masing2...paling tidak kita akan menjadi pemimpin buat diri kita sendiri dan atas setiap apa yang kita lakukan itu, pasti kita akan dipersoalkan kelak.."Ya ALLAH...dengan rahmat serta maghfirahmu, ampunkan dosa2 kami yang disengajakan atau tidak...kami mohon redho dari Mu...."

Perlu diingat, untuk menjadi pemimpin negara itu, bukanlah pilihannya dari kita, ia merupakan pilihan ALLAH kerana Dia Maha Mengetahui siapa yang layak, siapa yang mampu dan hikmahnya...jadi, bukanlah semua mahasiswa itu akan menjadi pemimpin, dan bukanlah pemimpin itu mahasiswa..namun, untuk menjadi pemimpin, perlulah bersedia dengan segala aspek, samaada mental atau fizikal, malah memerlukan kekuatan yang luar biasa...waktu2 yang ada bukanlah sekadar untuk berseronok, perlu diisi dengan perkara yang mendatangkan faedah...sehinggakan kekadang terasa kewajipan itu melebihi dari waktu yang ada...

Ibda' binafsik...mulakan dengan diri sendiri..perbaiki diri sendiri...bergetar hati tatkala mengamati tafsiran ayat2 Allah yang dipetik dari surah as-sof:
"wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(2) itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu katakan(3)"

Menambahkan lagi ketakutan pada diri ana tatkala membayangkan balasan yang diterima ke atas mereka berkelakuan tidak seperti apa yang dikatakan...'Ya Allah, lindungi kami dari menjadi golongan sedemikian'

Berkata Saiyidia Ali karamallahu wajhah:
"Alat bagi seorang pemimpin ialah berlapang dada"

Oleh itu, seorang bakal pemimpin atau pemimpin itu sendiri perlulah menerima teguran yang dilontarkan dari sesiapa sahaja dari sudut positif untuk memperbaiki diri dari tidak baik kepada yang baik, dari baik kepada yang lebih baik..para pemimpin biasanya akan menjadi perhatian orang ramai, samaada dalam sedar atau tidak...perbaikilah diri....

Ayuh kita selusuri sedikit sifat yang ada pada Saiyidina Umar bin Abdul Aziz yang namanya masyhur hingga kini walaupun beliau hanya memegang tampuk kepimpinan sebagai khalifah dalam masa 2 tahun sahaja....perlantikan beliau dijalankan dengan cara bai'ah, bukanlah undian kerana pemimpin sebelumnya iaitu Sulaiman Abdul Malik berwasiat agar pemimpin seterusnya dipegang oleh Saiyidina Umar Abdul Aziz.. Namun, Saiyidina Umar Abdul Aziz enggan menerima jawatan tersebut...setelah dinasihati oleh anaknya sendiri barulah beliau menerima jawatan tersebut....pernah suatu ketika beliau diberitahu yang anaknya sendiri seorang yang sombong, atas sebab ingin mengetahui perkara yang sebenar, beliau menyuruh seseorang yang dipercayai untuk mengintip anaknya...sehingga pada satu tempat mandi yang dipanggil hammam atau wadi anaknya membayar wang untuk dirinya dan yang lain dan meminta mereka keluar agar dapat mandi sendirian kerana takut terlihat akan aurat mereka...di situpengintip tadi mendapatkan jawapan kenapa anaknya yang sangat wara' itu dikatakan sebagai seorang yang sombong...pengintip itu bertanyakan Abdul Malik bin Umar iaitu anak kepada Saiyida Umar tadi untuk menceritakan kepada ayahnya tentang perlakuan itu...Abdul Malik membenarkan...lalu, pengintip itu bertanya lagi, bagaimanakah kalau ayahmu meminta supaya aku menceritakan perihal kelakuanmu itu, jawab anaknya, ayahku tidak akan melakukan sedemikian rupa kerana ayahku sangat menjaga keaibanku dan keaiban seluruh rakyat jelata...

Ayuhlah kita contohi sifat yang ada pada Khalifah Saiyidina Umar bin Abdul Aziz ini...menjaga keaiban anaknya dan orang lain...moga2 Allah akan menjaga segala keaiban kita bilamana kita menjaga keaiban orang lain...Allahumma amin...

Seterusnya sebagai persediaan seterusnya ialah mulakan perubahan tersebut di saat ini juga dan di ketika ini juga...jangan bertangguh, jangan tunggu esok...lusa...bimbang...adakah kita sempat menggapai redho dariNya ketika malaikat maut merentap roh dari jasad kita...kerana maut tidak bisa kita minta tangguh walau sesaat cuma...

Perkara yang kecil selalu dianggap remeh, namun sesuatu perubahan itu mulakan dengan perkara yang kecil2 walaupun ianya paling remeh seperti perbaiki akhlak serta adab...

Bukan semua ingin menjadi pemimpin, kenapa? kerana bukan semua yang sanggup menghadapi tekanan dari orang bawahan mereka...

Sempat Ustaz Badli Shah membahagikan pemimpin itu kepada lima jenis:
1) wajib: kewujudannya sangat diperlukan, pemergiannya terasa kehilangan.
2) sunat: kewujudannya amat diperlukan, kehilangannya tidak terasa
3) harus: ade ke, xde ke, sama sahaja
4) makruh: bila ada mendatangkan masalah, bila tiada, tiada masalah
5) haram: kewujudannya merugikan, ketiadaannya sangat diharapkan...

Dimanakah posisi kita????
Sama-samalah kita renugkan...
Sekian sedikit perkongsian dari ana...
Wassalam

Selasa, 18 Oktober 2011

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG IKHTILAT

Salam ukhwah buat sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu Allah...Selawat serta salam ke atas kekasih sekalian ummah, Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam(صلو عليه)...Syukur Allah memberikan peluang dan ruang untuk ana menulis walau Allah taklifkan ana dengan berbagai taklifan...namun Allah jua yang memberi sedikit ruang ini untuk ana sama2 berkongsi sedikit sebanyak apa yang Allah berikan kefahaman kepada ana dalam ilmuNya untuk ana sampaikan...moga usaha yang tidak seberapa ini beroleh redho dariNya...amin....dan moga redho Allah bersama kalian juga....Allahumma amin..terima kasih buat kalian yang menyokong ana....

Perkataan ikhtilat ini sudah menjadi kebiasaan telinga2 mendengarnya....namun, sejauh mana kefahaman kita tentang ikhtilat...namun ana akui kadang2 ana sendiri sukar untuk menjaganya...namun ana berusaha dan ana yakin sahabat2 ana pun berusaha ke arah itu kerana kita sama2 harapkan redho dan cinta Ilahi...
Ikhtilat boleh difahamkan sebagai percampuran antara lelaki dengan perempuan...tak perlu ana huraikan tentang hukumnya...namun, atas perkara-perkara tertentu kita dibolehkan bercampur antara lelaki dan perempuan...

Imam Abdul Karim Zaidan menggariskan beberapa perkara yang membolehkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuran:
1) Darurat.
    Dalam keadaan darurat seperti berlakunya kecemasan, dibenarkan berlakunya ikhtilat antara lelaki dan      perempuan ini.
2) Ada keperluan/ hajat
3) Menjadi saksi
4) Melayan tetamu
5) Dalam kenderaan awam
6) Terlibat dalam kerja-kerja jihad
7) Merawat pesakit/menerima rawatan
8) Belajar dan memberi nasihat.
     Seperti guru dan murid.
9) Perkara yang menjadi adat kebiasaan seperti berjual beli
10) Menziarahi sanak saudara dan rakan

Ingat!!! Ada beberapa perkara yang perlu dijaga apabila berlakunya keadaan yang menuntut kepada percampuran antara lelaki dan perempuan...ada adab yang perlu dijaga.
1) Tundukkan pandangan ketika berbicara
2) Menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan
3) Adanya pembatas/hijab di antara keduanya
4) Tidak berdua-duaan
5) Tidak menyentuh kaum yang berlainan jenis

Bagi kaum muslimat pula, jagalah aurat kalian...ana juga...bila bercakap dengan kaum muslimin, seriuslah dengan pengucapan dan jagalah pergerakan...



wallahu'alam..maaf atas segala kekurangan dari ana...

Isnin, 3 Oktober 2011

MENGGEGAM AMANAH

AMANAH!!!!
Sungguh gerun menutur perkataan amanah walau hanya sebaris cantuman huruf...sejak dilahirkan sehingga menghembuskan nafas yang terakhir kita ditaklifkan dengan pelbagai amanah....
Lahirnya seorang insan dengan amanah sebagai seorang khalifah di muka bumiNya....bekerja dan terus bekerja untuk melaksanakan amanah tersebut walau terkadang amanah itu terasa berat sekali...walau sesekali terlupa yang diri ini dilahirkan bukan hanya untuk menikmati kenikmatan dunia semata...KHALIFAH, HAMBA, ANAK, KAKAK, ADIK, HAFIZAH, PELAJAR, PENDAKWAH...tak termampu nak ana senaraikan amanah2 yang Allah taklifkan untuk ana...baru tadi, satu lagi amanah yang berat yang ana trima...tak mampu tertanggung selain dari mendapat kekuatan dariNya dengan izin dariNya...moga ana diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah ini agar lidah ana tidak kelu bila berhadapan dengan malaikat yang menyoal itu ini...juga pada sahabat seperjuangan, moga kalian juga masih berada di landasan yang sama....coretan yang sedikit dari ana untuk menyedarkan diri dan sahabat betapa setiap perlakuan kita akan disoal kelak...wallahua'lam

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers