Selasa, 18 Oktober 2011

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG IKHTILAT

Salam ukhwah buat sahabat-sahabat yang dahagakan ilmu Allah...Selawat serta salam ke atas kekasih sekalian ummah, Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam(صلو عليه)...Syukur Allah memberikan peluang dan ruang untuk ana menulis walau Allah taklifkan ana dengan berbagai taklifan...namun Allah jua yang memberi sedikit ruang ini untuk ana sama2 berkongsi sedikit sebanyak apa yang Allah berikan kefahaman kepada ana dalam ilmuNya untuk ana sampaikan...moga usaha yang tidak seberapa ini beroleh redho dariNya...amin....dan moga redho Allah bersama kalian juga....Allahumma amin..terima kasih buat kalian yang menyokong ana....

Perkataan ikhtilat ini sudah menjadi kebiasaan telinga2 mendengarnya....namun, sejauh mana kefahaman kita tentang ikhtilat...namun ana akui kadang2 ana sendiri sukar untuk menjaganya...namun ana berusaha dan ana yakin sahabat2 ana pun berusaha ke arah itu kerana kita sama2 harapkan redho dan cinta Ilahi...
Ikhtilat boleh difahamkan sebagai percampuran antara lelaki dengan perempuan...tak perlu ana huraikan tentang hukumnya...namun, atas perkara-perkara tertentu kita dibolehkan bercampur antara lelaki dan perempuan...

Imam Abdul Karim Zaidan menggariskan beberapa perkara yang membolehkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuran:
1) Darurat.
    Dalam keadaan darurat seperti berlakunya kecemasan, dibenarkan berlakunya ikhtilat antara lelaki dan      perempuan ini.
2) Ada keperluan/ hajat
3) Menjadi saksi
4) Melayan tetamu
5) Dalam kenderaan awam
6) Terlibat dalam kerja-kerja jihad
7) Merawat pesakit/menerima rawatan
8) Belajar dan memberi nasihat.
     Seperti guru dan murid.
9) Perkara yang menjadi adat kebiasaan seperti berjual beli
10) Menziarahi sanak saudara dan rakan

Ingat!!! Ada beberapa perkara yang perlu dijaga apabila berlakunya keadaan yang menuntut kepada percampuran antara lelaki dan perempuan...ada adab yang perlu dijaga.
1) Tundukkan pandangan ketika berbicara
2) Menutup aurat sama ada lelaki atau perempuan
3) Adanya pembatas/hijab di antara keduanya
4) Tidak berdua-duaan
5) Tidak menyentuh kaum yang berlainan jenis

Bagi kaum muslimat pula, jagalah aurat kalian...ana juga...bila bercakap dengan kaum muslimin, seriuslah dengan pengucapan dan jagalah pergerakan...



wallahu'alam..maaf atas segala kekurangan dari ana...

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers