Jumaat, 11 Oktober 2013

naik turunnya kehidupan

assalamualaikum....

Setelah lama blog ini ana biarkan sepi tanpa post2....hari ini ana kembali menulis....bukan kerana kehabisan idea untuk menulis...namun kekangan demi kekangan tertentu menyebabkan ana lama tidak menulis...alasankah???? semoga Allah merahmati daku.....

naik turunnya kehidupan.....

mungkin lebih pada muhasabah post ana kali ni...melihat rentak manusia yang pelbagai...ada yang kalah dengan seronoknya dunia...ada yang melihat jauh ke syurga justeru terus memulakan langkah untuk kesana....dan ana???? moga Allah tuntun diriku ke sana....

saban hari melihat manusia bertukar ganti dengan watak-watak tersendiri di pentas lakonan ini...aku semakin menginsafi diri...bimbang ada aku menjadi watak yang baik di pentas dunia atau hanya sekadar watak sampingan atau aku sebenarnya watak yang jahat tanpa aku sedari....moga aku tergolong dalam golongan orang-orang yang melangkah dengan langkah orang yang soleh.....

berkali-kali Allah berikan padaku peluang untuk memperbaiki diri...masih ingat satu kejadian pada malam itu yang mana ana mengalami satu musibah....tidak lekang lidah dan qalbuku mengucap kalimah syukur pada Dia kerana tidak terjadi apa-apa yang pada kami....terasakan seolah-olah Allah memberikan pada kami peluang untuk perbaiki diri....

namun....berlalunya hari membuatkan ana terleka untuk kali yang seterusnya....

Allah ketuk pula hati ana dengan pemergian orang di sekeliling ana... Ya Allah betapa hati ini lalai....
tiba-tiba hati tersentuh mengenangkan nasib orang-orang yang aku sayangi yang masih lagi berseronok dengan dunia masing-masing seolah-olah tidak hiraukan langsung dengan esok yang belum pasti tiba buat dirinya....atas dasar sayang, aku terus berusaha membawa mereka ke jalan yang sepatutnya....namun semuanya berlaku atas kehendakNya...semoga Dia memudahkan urusanku di dunia dan akhirat....

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers