Ahad, 23 Oktober 2011

BICARA IMAM MUDA

Salam cahaya ilmu buat semua perindu ilmu Allah...moga antum tetap tsabat di jalan yang lurus...selawat serta salam buat kekasih sekalian ummah, Nabi Muhammad Sollallohu 'alaihi wasallam...

Ana ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana dapat semalam dalam bicara imam muda...just sedikit point2 penting yang sempat ana take note...moga bermanfaat buat semua dan ana juga...

Bicaranya berkisarkan tajuk 'Peranan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan Negara'
Tidak dapat tidak kita pasti akan menjadi pemimpin...tapi mengikut konteks masing2...paling tidak kita akan menjadi pemimpin buat diri kita sendiri dan atas setiap apa yang kita lakukan itu, pasti kita akan dipersoalkan kelak.."Ya ALLAH...dengan rahmat serta maghfirahmu, ampunkan dosa2 kami yang disengajakan atau tidak...kami mohon redho dari Mu...."

Perlu diingat, untuk menjadi pemimpin negara itu, bukanlah pilihannya dari kita, ia merupakan pilihan ALLAH kerana Dia Maha Mengetahui siapa yang layak, siapa yang mampu dan hikmahnya...jadi, bukanlah semua mahasiswa itu akan menjadi pemimpin, dan bukanlah pemimpin itu mahasiswa..namun, untuk menjadi pemimpin, perlulah bersedia dengan segala aspek, samaada mental atau fizikal, malah memerlukan kekuatan yang luar biasa...waktu2 yang ada bukanlah sekadar untuk berseronok, perlu diisi dengan perkara yang mendatangkan faedah...sehinggakan kekadang terasa kewajipan itu melebihi dari waktu yang ada...

Ibda' binafsik...mulakan dengan diri sendiri..perbaiki diri sendiri...bergetar hati tatkala mengamati tafsiran ayat2 Allah yang dipetik dari surah as-sof:
"wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(2) itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu katakan(3)"

Menambahkan lagi ketakutan pada diri ana tatkala membayangkan balasan yang diterima ke atas mereka berkelakuan tidak seperti apa yang dikatakan...'Ya Allah, lindungi kami dari menjadi golongan sedemikian'

Berkata Saiyidia Ali karamallahu wajhah:
"Alat bagi seorang pemimpin ialah berlapang dada"

Oleh itu, seorang bakal pemimpin atau pemimpin itu sendiri perlulah menerima teguran yang dilontarkan dari sesiapa sahaja dari sudut positif untuk memperbaiki diri dari tidak baik kepada yang baik, dari baik kepada yang lebih baik..para pemimpin biasanya akan menjadi perhatian orang ramai, samaada dalam sedar atau tidak...perbaikilah diri....

Ayuh kita selusuri sedikit sifat yang ada pada Saiyidina Umar bin Abdul Aziz yang namanya masyhur hingga kini walaupun beliau hanya memegang tampuk kepimpinan sebagai khalifah dalam masa 2 tahun sahaja....perlantikan beliau dijalankan dengan cara bai'ah, bukanlah undian kerana pemimpin sebelumnya iaitu Sulaiman Abdul Malik berwasiat agar pemimpin seterusnya dipegang oleh Saiyidina Umar Abdul Aziz.. Namun, Saiyidina Umar Abdul Aziz enggan menerima jawatan tersebut...setelah dinasihati oleh anaknya sendiri barulah beliau menerima jawatan tersebut....pernah suatu ketika beliau diberitahu yang anaknya sendiri seorang yang sombong, atas sebab ingin mengetahui perkara yang sebenar, beliau menyuruh seseorang yang dipercayai untuk mengintip anaknya...sehingga pada satu tempat mandi yang dipanggil hammam atau wadi anaknya membayar wang untuk dirinya dan yang lain dan meminta mereka keluar agar dapat mandi sendirian kerana takut terlihat akan aurat mereka...di situpengintip tadi mendapatkan jawapan kenapa anaknya yang sangat wara' itu dikatakan sebagai seorang yang sombong...pengintip itu bertanyakan Abdul Malik bin Umar iaitu anak kepada Saiyida Umar tadi untuk menceritakan kepada ayahnya tentang perlakuan itu...Abdul Malik membenarkan...lalu, pengintip itu bertanya lagi, bagaimanakah kalau ayahmu meminta supaya aku menceritakan perihal kelakuanmu itu, jawab anaknya, ayahku tidak akan melakukan sedemikian rupa kerana ayahku sangat menjaga keaibanku dan keaiban seluruh rakyat jelata...

Ayuhlah kita contohi sifat yang ada pada Khalifah Saiyidina Umar bin Abdul Aziz ini...menjaga keaiban anaknya dan orang lain...moga2 Allah akan menjaga segala keaiban kita bilamana kita menjaga keaiban orang lain...Allahumma amin...

Seterusnya sebagai persediaan seterusnya ialah mulakan perubahan tersebut di saat ini juga dan di ketika ini juga...jangan bertangguh, jangan tunggu esok...lusa...bimbang...adakah kita sempat menggapai redho dariNya ketika malaikat maut merentap roh dari jasad kita...kerana maut tidak bisa kita minta tangguh walau sesaat cuma...

Perkara yang kecil selalu dianggap remeh, namun sesuatu perubahan itu mulakan dengan perkara yang kecil2 walaupun ianya paling remeh seperti perbaiki akhlak serta adab...

Bukan semua ingin menjadi pemimpin, kenapa? kerana bukan semua yang sanggup menghadapi tekanan dari orang bawahan mereka...

Sempat Ustaz Badli Shah membahagikan pemimpin itu kepada lima jenis:
1) wajib: kewujudannya sangat diperlukan, pemergiannya terasa kehilangan.
2) sunat: kewujudannya amat diperlukan, kehilangannya tidak terasa
3) harus: ade ke, xde ke, sama sahaja
4) makruh: bila ada mendatangkan masalah, bila tiada, tiada masalah
5) haram: kewujudannya merugikan, ketiadaannya sangat diharapkan...

Dimanakah posisi kita????
Sama-samalah kita renugkan...
Sekian sedikit perkongsian dari ana...
Wassalam

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers