Ahad, 15 Mei 2011

TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN

Bismillahirrohmanirrohim....
Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah....setiggi2 kesyukuran ana rofa'kan kepada Allah pemilik sekalian alam....pemilik hati ini....pemilik jiwa ini...summalhamdulillah Allah masih meminjamkan nikmat kesihatan buat ana untuk ana berkongsi ilmu dengan kalian....selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita Nabi Muhammad s.a.w....

Look at the tittle....teknik menghafaz AQ(al-quran)...kali ni ana just nak kongsi teknik menghafaz...banyak berdasarkan pengalaman ana selama ana menghafaz...bukan ikut skema yang sebenar...ana kongsi kat sini sebab nak menjawab soalan2 yang sering orang tanye kat ana...solan dari adik2 di mahad ana...soalan dari family ana sendiri dan dari sahabat2 ana....so, ana ringkaskn dalam ni...harap kalian berpuas hati....

First of all...bila kita mula2 nak menceburi bidang ini secara langsung atau secara tidak langsung, pastikan niat kita betul2 lillahi ta'ala...bukan nak menunjuk2 pada manusia...jadikan ia sebagai bekalan dan tanda cinta kasih kita padaNya ...then....ikhlaskan diri...bukan kerana terpaksa...pastikan ia datang dari diri...bukan dipaksa...kalaupun ade yang dipaksa untuk menghafaz, belajar untuk ikhlaskan diri...

Untuk teknik2nya...ana ringkaskan di bawah...

1. Baca doa sebelum memulakan hafalan...
2. Baca ayat yang dihafal sehingga lancar...jangan ada sekat2...kalo sempat talaqqi bil musyafahah dengan mane2 guru AQ lagi elok supaya hafalannya nanti berkualiti...
3. Bila dah lancar, mulalah menghafaz...
4. Ulang ayat yang nak dihafaz tu sepuluh kali dengan melihat mushaf....
5. Then, try baca tanpa melihat mushaf...kalau dah dapat teruskan dengan ayat yang seterusnya....
6. Jika masih tak dapat lagi, ulang lagi....ana pernah amalkan baca sebanyak 33 kali...kira guna tasbih...insyaAllah dapat...
7. Ayat seterusnya pun lakukan dengan cara yang sama...
8. Perlu diingat, bila kita dah dapat ayat yang seterusnya, ulangi semula ayat yang dihafal tadi supaya tidak lupa....
9. Selesai menghafaz, ulang semuanya sehingga tidak terdapat sekat2 atau sangkut2...pastikan ulang hingga lancar......
10. Untuk menguji tahap kelancaran, bolehla semak dengan kawan, kalau dah ok, mintak guru semak dan bacalah dalam solat....

Selain dari teknik2 di atas, elok sekiranya kita mencari waktu yang paling sesuai untuk kita menghafaz...ade orang senang masuk waktu pagi....sebelum subuh...tengah malam....lepas maghrib....bergantung pada individu...then, gunakan AQ yang sama sepanjang proses menghafaz...dan yang paling penting untuk seorang huffaz, jagalah hubungan dengan Allah...kerana apa? kerana AQ itu milik Allah...Allah berhak berikan pada sesiapa yang Dia kehendaki...berdoalah pada Allah agar dimudahkan dan dikuatkan hati untuk menghafaz kalamNya...sekian, ALLOHHUMMA YASSIR UMURONA...WASSALAM...

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers