Sabtu, 30 Julai 2011

KERANA DIA MERUPAKAN PILIHAN ALLAH

Ustaz cakap, antum di sini bukan kerana kehendak antum sendiri...
Hati ana tertanya-tanya kenapa ustaz cakap macam tu...
Belum sempat lama soalan itu berlegar dalam fikiran ana, ustaz dah memberikan jawapan kepada kami semua yang masih baru menjejakkan kaki di ma'had waktu itu...
Antum semua dah dipilih oleh Allah...bukan kerana kehendak ustaz, bukan kehendak antum, hakikatnya antum merupakan pilihan Allah....
Oh...baru ana faham di saat itu....
_________________________________________________________________________________


Walaupun sedari kecil lagi ana dah memasang keinginan untuk menghafaz al-quran, namun keinginan ana selalu saja terbantut...lepas upsr ana suarakan hajat ana pada ayah untuk mengaji di madrasah, tapi Allah dah rancangkan sesuatu untuk ana, ayah ana menghantar ana ke sekolah menengah agama....habis sahaja tingkatan 5 ana terus mengambil stam....dalam perjalanan ana menuntut ilmu di tingkatan 6, pensyarah mahad ada datang memberikan pengenalan serba sedikit tentang mahad, ana tertarik untuk ke sana, mahu saja ana terus ke situ, lawaknya ketika borang diedarkan, ana boleh tertidur sambil duduk kerana keletihan....terlepas lagila peluang ana...
_________________________________________________________________________________


Selesai stam...dengan natijah yang melayakkan ana memohon upu, ana pun sibukla menguruskan itu ini... tiba2 sahabat ana menghantar borang darul quran untuk ana isi, entah kenapa borang tu ana abaikan... bila dah tamat tarikhnya ana barula menyesal, Allah sayangkan ana, Allah mengirim nusrahnya melalui sahabat ana yang ana kenal ketika di kuliah, saat itu beliau sudahpun belajar di mahad, dia langsung telefon ana dan bertanyakan keinginan ana untuk belajar di ma'had...alhamdulillah ana bersyukur atas nusrah Allah...borang yang sampai kat ana, ana isi dan ana hantar, akhirnya ana dipanggil untuk temuduga seterusnya ana dipanggil untuk belajar di sana...Alhamdulillah.... panggilan u yang ana dapat beberapa bulan selepas itu ana abaikan sahaja....
_________________________________________________________________________________


Baru2 ini, selesai sahaja konvokesyen di darul quran, ayah salah seorang daripada sahabat seperjuangan ana mengucapkan terima kasih kepada ana...ana berkerut memikirkan atas alasan apakah ana mendapat ucapan itu, ana lalu bertanyakan kenapa, ayah sahabat ana menunjukkan ke arah sahabat ana, ana semakin tidak mengerti..."terima kasih, sebab dia dah berjaya, terima kasih masa awal2 masuk dulu..." pernyataan itu terhenti setakat di situ...baru ana faham sekarang, sahabat ana itu awalnya memang tak mahu menyambung pelajaran di situ.. tapi kerana keinginan ayahnya ingin melihat salah seorang anaknya menghafaz al-quran, lalu sahabat ana menurutkan dalam terpaksa...ucapan terima kasih itu diberikan pada ana kerana ayanhnya mengira ana yang banyak memujuk sahabat ana setiap kali dia ingin berhenti dari pengajian di ma'had tersebut...siapa sangatlah ana ni, ana cuma membantu apa yang patut...sedikit sahaja...namun ana percaya, segalanya sudah diatur Allah...Allah yang telah memilih sahabat ana menjadi salah seorang dari jilul quran....
itulah yang Allah inginkan buat diri sahabat ana itu...sekarang dia sudah bergelar hafizah...alhamdulillah....


أنا أريد,أنت تريد, ولكن الله يفعل ما يريد



hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers