Ahad, 22 Mei 2011

AMPUNKAN KELALAIAN KAMI YA ALLAH!

Assalamu'alaikum dan salam ukhwah bersulam iman asdiqo' sekalian....

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menyebarkan agamaNya walau dengan sebaris kata...
Moga2 usaha yang sedikit ini mendapat manfaat bagi semua...doakan adik2 yang menjadi mangsa tanah runtuh mendapat perlindungan dariNya....amiin...

Saban hari, terpampang di dada-dada akhbar serta kaca-kaca televisyen bermacam-macam jenis jenayah serta kemaksiatan yang berlaku di muka bumi Allah...hampir setiap hari ianya ditayangkan....sehingga ianya seakan2 menjadi kemestian dan mungkin ada di antara kita yang menganggap ianya hanya perkara biasa kerana sudah lali dengan berita2 sedemikian....

Sedih melihat gelagat muda mudi zaman sekarang....tidak takut melakukan dosa...apakah peranan kita sebagai saudara2 mereka? adakah hanya diam membatu dan berpeluk tubuh?? tak kurang juga yang terfikir untuk apa nak ambil tahu hal mereka, 'mereka bukan abang atau kakak aku, buat ape aku nak kisah'.....kejamnya diri kita jika kita memperlakukan mereka begitu....sedarlah...mereka adalah saudara2 kita....mereka kawan2 kita...renungkan maksud hadith Rasulullah s.a.w:
        "tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri" 

    "setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya"

Justeru, apakah peranan kita sebagai saudara2 mereka, apakah peranan kita sebagai da'i...kita punya tugas yang berat di muka bumi Allah...kita punya misi yang besar sebagai khalifah Allah....kitalah yang bertanggungjawab memberi kesedaran kepada mereka....berusahalah...jangan hanya duduk diam membatu dan menyerahkan tugas2 ini kepada orang lain....kerana kita merupakan sebaik2 ummah yang....menyeru kepada yang ma'ruf, menghalang kepada yang mungkar....

Bila keluar di dada2 akhbar atau kaca2 televisyen, kita cepat menyalahkan pembuat tersebut tanpa kita muhasabah diri sendiri, sejauh mana usaha kita membimbing dan mengajar mereka syariat dan hukum Allah....

Ayuh ummah! bekerjalah untuk islam selagi kita diberi peluang mengecap nikmat kehidupan di bumi Allah...selagi kita diberi peluang menyedut nafas di bumiNya.....gunakan kelebihan yang ada dalam diri masing2 untuk memartabatkan Islam...sedikit atau banyak, teruskanlah perjuangan kita kerana misi dan visi kita sudah jelas...jangan mudah lemah semangat dan futur di pertengahan jalan....
Bersemangat!

Ya Allah....
di atas kelalaian kami selama ini...
Kau ampunilah kami....
kami terleka dari tugas sebenar kami...
kami leka dengan nikmat yang Kau limpahkan...
kami leka dengan keseronokan dunia...
sehingga kami tidak bersungguh memperjuangkan agamaMu...
Ampunkan kelalaian kami Ya Ghoffar....

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers