Ahad, 22 Mei 2011

PERINGATAN!

Salamun 'alaikum......



Alfatihah....
Hadiah buat mangsa gempa bumi di Hulu Langat...anak2 yatim yang tinggal di Madrasah At-taqwa...moga Allah menempatkan mereka di syurgaNya....


Sebak tatkala menyaksikan berita yang menyiarkan proses pengebumian jenazah mereka...bila melihatkan sahabat yang kehilangan sahabat baik, ibu yang kehilangan anak, nenek yang kehilangan cucu...jiwa ini disentap rasa pilu....namun, siapalah kita nak mempersoalkan takdir Allah....kita tidak tahu perancangan Allah...dan pasti ada hikmah di sebalik segala yang Allah aturkan buat mereka...itulah irodahNya...tiada yang dapat melawan...semoga mereka yang kehilangan orang yang disayangi dapat ikhlaskan diri menerima takdir Ilahi...

Lantas....terlintas dalam fikiran ana...bila dan bagaimana keadaan ana kembali kepadaNya...musibah yang menimpa adik2 di madrasah ini memang banyak memberi pengajaran pada ana....Allah memberikan peringatan kepada kita agar sentiasa bersedia untuk kembali kepadaNya....ana bermuhasabah sejenak mengenangkan dosa2 kelmarin...moga Allah memberikan keampunan atas dosa2 ana.....gerun tatkala mengingati ayat Allah dalam surah al-A'raaf:

Èe@ä3Ï9ur >p¨Bé& ×@y_r& ( #sŒÎ*sù uä!%y` öNßgè=y_r& Ÿw tbrãÅرzù'tGó¡o Zptã$y ( Ÿwur šcqãBÏø)tGó¡o ÇÌÍÈ  
 34. dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

Ayat ini benar2 mengingatkan ana dan kita semua supaya sentiasa bersedia menghadap Tuhan...lantas melunaskan segala tuntutanNya dengan segera...

Semoga kita dapat mengambil iktibar dari musibah ini...wallahu'alam...alfatihah..
ziadah minni: maaf pembaca, terdapat ralat ketika memasukkan ayat al-quran,sila rujuk mushaf untuk barisnya.syukran!

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers