Isnin, 23 Mei 2011

CERPEN- DEMI SEBUAH PERJUANGAN (PART1)


Pagi itu dia meneruskan aktivitinya seperti biasa….menungkah arus kehidupan demi menggapai sebuah visi….perjuangannya masih jauh… terlalu sukar….namun, demi Islam, kepahitan itu dilalui dengan hati yang redho…. Dia memulakan langkah dengan penuh semangat pagi itu….tersemat azam yang membara dalam dirinya… jatuh…tersungkur…itu sudah lali bagi dirinya….kerana baginya itulah yang dinamakan perjuangan….

Usai makan, dia terus ke kelas untuk mengulangi ayat2 yang telah dihafalnya malam semalam untuk didengarkan pada gurunya… hatinya resah tiba2, jam di dinding kelasnya diperhatikan….hanya beberapa minit sahaja lagi kelas akan bermula…ini bermakna, tidak berapa lama lagi gurunya akan masuk dan dia harus mendengarkan bacaannya pada gurunya….”Allahumma yassir umurona” siti mengulangi doa tersebut supaya Allah memudahkan dia mengingati ayat Allah….

“Assalamu’alaikum..” gurunya memberi salam dan menghadihkan senyuman ceria buat anak didik yang beliau sayangi…”wa’alaikumussalam ustazah…” mereka menjawab serentak…lantas membalas senyuman dari gurunya itu….namun, saat itu dada mereka berdebar kencang…mana taknya, sebentar sahaja lagi mereka harus memperdengarkan bacaan mereka…sorang demi sorang dipanggil ustazah, kini tibalah giliran siti….seperti biasa dia mencuba sedaya upaya….hanya beberapa ayat, dia sudah sangkut2, perasaan sedih menyelubungi dirinya….begitulah setiap hari…”siti, enti balik tempat dulu, lancarkan semula”…tutur gurunya lembut….air mata bergenang di kelopak mata siti….dia kembali ke tempatnya dan berusaha untuk melancarkan semula bacaannya….selang 30 minit, dia dipanggil semula oleh gurunya…
Kali ini dia tidak mampu lagi takungan air matanya….dia sedih bila sekali lagi dia gagal untuk menghafaz dengan lancar sekaligus mengecewakan harapan gurunya….terasa malu dengan sahabat2nya yang sudah jauh meniggalkan dia…mereka sudah juzuk 25, namun dia masih lagi di juzuk 15…jauh ketinggalan dari sahabat2nya yang lain…namun, dalam dirinya percaya, bersama2 kesusahan itu ada kesenangan….pasti ada hikmah dirinya diuji dengan sedemikian rupa….

Usai kelas pagi itu, dia tidak terus ke biliknya, dia ke bilik pensyarah…memohon maaf kepada gurunya tadi…ustazahnya sangat memahami…diberikan kata2 semangatbuat anak didiknya agar lebih tabah demi bergelar ‘hafizah’ kerana itulah perjuangannya….

Perutnya telah diisi, kini dia harus bergegas untuk solat zohor…seperti biasa, siti melakukan solat sunat qobliah kemudian barulah solat zohor secara berjemaah di musolla….usai solat ba’diah, siti bertafakur sejenak…memohon supaya Allah memberikan jalan dalam perjuangannya….

Tepat jam 2 petang dia segera bersiap ke kelas untuk meneruskan pengajiannya…bagi dirinya, perjuangannya memerlukan pengorbanan yang besar, waktu rehatnya digadaikan, waktu tidurnya disingkatkan,dia juga tidak punya masa yang lama untuk berbual dengan rakannya kerana baginya, selagi tanggungjawab sehariannya tidak selesai, selagi itulah dia perlu berusaha dan berusaha….

Kelas pada petang itu berjalan dengan lancar, Alhamdulillah….siti mendapat ilmu yang berharga baginya…kelas habis tepat jam 4.30 petang….sepantas mungkin, dia bersegera ke musolla untuk solat asar berjemaah, baginya…hubungannya dengan Pencipta tak boleh renggang walau dalam apa jua keadaan sekalipun….

Selesai solat, seperti biasa mereka dihidangkan dengan santapan rohani dari kitab fadhilat amal….kebiasaannya begitulah setiap hari….selesai dijamu santapan rohani, mereka akan menerukan petang itu dengan membaca manzil beramai2…selesai membaca manzil, mereka bergegas ke bilik, namun bagi siti…masa yang terluang yang ada itu dia pergunakan untuk mengaji dan terus mengaji….

Malam itu, dia memulakan langkah dengan semangat, mahu mencari ‘modal’ baru untuk esoknya….tadi petang dia hanya sempat menghafaz beberapa baris ayat….keesokannya dia ingin menghantar ‘modal’ yang lebih banyak kepada gurunya….tidak mahu gurunya kecewa buat ke sekian kalinya…. Hanya satu jam sahaja lagi untuk sampai ke tengah malam….namun, hafalannya belum lagi selesai, rakannya yang lain sudah pulang, hanya tinggal dia dan nisa yang merupakan satu2nya sahabat yang sering memberikan semangat buat dirinya….nisa lah sahabat yang sentiasa bersamanya tatkala senang dan susah…..

Nisa sudah selesai menghabiskan hafalannya, namun dia masih lagi terkial2 untuk menghafal…nisa Nampak keletihan dan mengantuk…tidak sampai hati melihat sahabatnya dalam keadaan begitu, dia segera mengajak nisa pulang walaupun hafalannya masih belum habis….siti menyambung hafalannya di dalam bilik sehingga jam 1 pagi…begitulah yang dilakukannya setiap hari….dia terlena dengan alunan ayat suci al-quran yang dipasang di telinganya….puas dia bertanya kepada rakannya cara bagaimana untuk mudah menghafaz, berbagai cara sudah dilakukan…namun,itulah yang harus dilaluinya….kenyataan yang memeritkan, namun dia akur atas takdir hidupnya….

Dia tersentap tatkala mendengar bunyi jam locengnya….dia bangun seawall jam 3 pagi….bermunajat dan bermohon dari Dia supaya dimudahkan urusannya, dikuatkan hatinya….dia menangis sendirian….mengadu kepada Dia….siti masih tidak berputus asa dengan perjuangannya….

Dia dikhabarkan hari ini keputusan peperiksaannya semester lepas akan keluar…hatinya berdebar…dia tidak berhenti2 memohon doa dari Allah agar memberikan yang terbaik buat dirinya….
                                                                                                                                       -berSamBUng-

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers