Khamis, 5 Mei 2011

KEMBALI MENULIS...

Assalamu'alaikum dan salam mahabbah....
Ana doakan kalian dalam keadaan sihat...

Ana kembali menulis dalam blog yang baru di ruangan yang baru...
Alhamdulillah Allah memberikan ruang dan peluang ini untuk ana manfaatkan bersama...
Kenapa ana kembali menulis?????
Kerana menulis adalah salah satu jalan dakwah....
Kerana salah satu dari cara berdakwah adalah "dakwah bil qolam"...
Moga Allah memberikan jalan yang terbaik untuk ana susuri...

Buat kalian yang ana sayangi dan ingati...moga kalian sentiasa thabat di jalan Allah....uhibbukum fillah....
Salah satu pendekatan lain dalam berdakwah ialah "dakwah bil hal"....iaitu dengan keadaan...
keadaan kita,tingkah laku kita...perlakuan...percakapan...segalanya yang dapat dilihat oleh mata kasar...Teringat ana pada salah seorang mu'allimah ana ketika ana di sekolah menengah....sempat kami kenali dalam beberapa bulan sahaja...pengenalan yang sangat singkat...tapi memberikan kesan yang teramat dalam buat kami....

Bukan kerana kecantikan paras rupanya...tapi kerana akhlak dan tingkah lakunya...membuatkan ana semakin menyayanginya....guru ana ini lebih sesuai ana panggil pendidik kerana beliau telah berjaya mendidik jiwa kami...hanya kerana sikap dan tingkah lakunya yang mulia....beliau sangat simple...selalu ingin mencari ilmu walaupun ketika beliau di kampus beliau dikenali sebagai pelajar genius..namun, kecintaan beliau kepada ilmu  membuatkan beliau gigih berusaha setiap masa dan ketika....ana pernah bertanya kepada mu'allimah ana ini...'ustazah nak belajar sampai bila?'...dengan tenang ustazah menjawab...'belajar ni sampai mati....apa2 sahaja yang berlaku dalam hidup kita adalah proses pembelajaran'...kami terdidik dengan semangat beliau....beliau adalah guru yang menjadi ikutan ana sekarang....hebatnya beliau kerana terdidik dengan ajaran Islam....ana sangat bersyukur kepada Allah kerana telah menemukan ana dengan pendidik yang hebat....dan sudah pasti penciptanya adalah Maha Hebat...

Ana rase tak perlu ana bercerita panjang tentang beliau...apepun ana selalu doakan kebahagiaan beliau dunia
dan akhirat...moga kalian beroleh sedikit sebanyak manfaat dari penulisan ana.....

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers