Ahad, 8 Mei 2011

MASA DEPAN

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamu'alaikum.....

Alhamdulillah kita masih lagi dapat merasai nikmat Allah yang diberikan kepada kita sehingga saat ini...
Solawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.....

"Masa depan"....menunjukkan sesuatu yang jauh....ana pasti dalam diri kita pasti pernah terlintas memikirkan tentang masa depan masing2...ke mana hala tuju....apa yang ingin dilakukan pada masa depan....

'Besar nanti nak jadi ape??'
'Takkan tak pernah fikirkan masa depan??'

Soalan yang kerap kali ana dengar ketika ana di sekolah rendah atau di sekolah menengah....kadang2 ana terfikir....ade orang menghabiskan seluruh jiwanya bertungkus lumus bekerja malam dan siang untuk jaminan 'masa depan'....kadang2 mereka belajar berhempas pulas kerana inginkan kesenangan di 'masa depan'....cuba bayangkan ketika mana kita dah berjaya menggapai kejayaan dan diberi peluang untuk bekerja, tapi cuma untuk satu hari, berbaloikah usaha kita selama bertahun2??

Unntuk menjamin masa depan yang bahagia, berusahalah mentaati Allah dengan cara tekun beribadat kepadaNya di samping usaha yang berterusan untuk masa depan yang terjamin di dunia serta di akhirat....

Masa depan yang hakiki bagi setiap insan adalah masa depan di akhirat iaitu masa depan serta kehidupan yang kekal di sana...kita sibuk mencari harta sehingga lupa kewajipan kepada Allah serta jaminan masa depan di akhirat....bila kita sudah berjaya serta berbahagia di dunia, belum pasti kita akan dapat kejayaan di akhirat....kerana kejayaan di dunia belum menjamin masa depan yang cemerlang di akhirat...

Tok guru ana pernah berpesan....kita menghafaz al-quran ni untuk masa depan....ana mengangguk2 tanda faham....masa depan yang macam mane?orang selalu cakap orang yang menghafaz quran ni takde masa depan....tapi sebenarnya bukan begitu....ana yakin seyakin2nya ia dapat menjamin masa depan....insyaAlllah....kerana bagi ana masa masa depan itu merangkumi masa depan ketika di dunia dan akhirat....ana yakin dengan firman Allah yang menyebut bahawa sekiranya kamu menolong Allah, Allah akan menolongmu.....

Wahai kalian yang ana sayangi!!!

Berusahalah di dunia untuk akhirat....dunia adalah jambatan untuk ke akhirat....seiringkanlah usaha kita demi mengejar "masa depan" yang bahagia...belajar kerana Allah...berusaha kerana Allah....bekerja kerana Allah....pasti seronok kerana segala yang kita lakukan menjadi ibadah....

Moga kalian beroleh barokah dariNya...ameen

hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers