Ahad, 18 September 2011

KERANA MALU PADANYA...

Dari Abi Mas'ud 'Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.
(diriwayatkan oleh Bukhari)

Hadith ini seharusnya dijadikan pedoman dalam meniti perjalanan hidup seorang Muslim dalam meniti ranjau kehidupan sekarang...pakaian malu seakan telah lucut dari diri segelintir individu...kalau masih adapun rasa malu itu mungkin tak setebal pakaian yang zahir membaluti tubuh insan...persoalannya mengapa begitu jadinya?tanyalah iman?dimanakah malu itu telah dicampakkan sehingga ia tidak menjadi perisai atau benteng dari melakukan maksiat dan dosa...

Hadith ini sangat ringkas tetapi padat...ianya berbentuk perintah yang dapat ditafsirkan sebagai ancaman dan bukanlah suruhan...Seumpama begini: kalau kau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau kehendaki sesuka hatimu, kelak Allah akan membalas apa yang engkau lakukan

Ia juga dapat diertikan sebagai perkhabaran. Ia tidak lebih dari mengkhabarkan kepada sekalian insan, siapa saja dari kalangan kamu yang tidak mempunyai perasaan malu, maka kerjakanlah apa sahaja yang kamu kehendaki...Benteng yang menghalang seseorang dari melakukan dosa adalah malu...

Selain itu, hadith ini juga berbentuk perintah yang memberi maksud suruhan. Bermaksud, jika sesuatu perbuatan itu tidak mendatangkan malu pada diri engkau, atau orang lain, maka kerjakanlah ia sesuka hati engkau...

APA ITU MALU?

Malu itu boleh diterjemahkan sebagai perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji.

JENIS2 MALU

1- Malu yang asli: iaitu malu yang telah menjadi tabiat dan perangai seseorang sejak dilahirkan ke dunia ini.
2-Malu yang diusahakan: dengan cara mengenali Tuhannya

Kedua-dua jenis malu di atas amatlah baik dalam membentuk sahsiah serta peribadi diri yang unggul di mata Allah...kerana malu, kita tidak melakukan dosa...cuma, kadangkala sifat malu itu lenyap bila maksiat menjadi perkara yang biasa di mata masyarakat. Contohnya, pasangan couple tidak malu untuk melakukan aksi2 yang melanggar syarak bilamana melihat orang sekeliling kebanyakannya melakukan perkara yang sama...Maknanya di sini dapat dilihat, malu kepada manusia itu lebih tebal dari malu kepada Allah...moga kita sama2 muhasabah agar malu yang dipasak dalam diri adalah malu dari melakukan maksiat kerana malu kepada Allah...

Rujukan: Hadith 40(terjemahan dan syarahnya)
              Mustafa 'Abdul Rahman
              Dewan Pustaka Fajar


hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers