Rabu, 28 September 2011

PROFESYEN KAUNSELOR MENDIDIK DIRI RAPAT DENGAN ALLAH

Profesyen sebagai seorang kaunselor bukan semudah yang disangka...tidak hanya membuka mulut dan berbicara itu ini...terdapat perbezaan antara nasihat, bimbingan dan motivasi...bagi seorang kaunselor, mereka perlu mematuhi beberapa etika kerja...salah satunya ialah tidak menceritakan masalah klien pada orang lain, walaupun suami, isteri, sahabat baik, kaum keluarga, hatta rakan sekerja sekalipun...profesyen sebagai seorang kaunselor mendidik seseorang menjadi lebih amanah...apabila klien menceritakan sesuatu perkara, menjadi tanggungjawab seorang yang bergelar kaunselor untuk tidak menceritakan perkara tersebut kepada orang lain...pasti gentar tatkala mendengar hadith yang memberitahu salah satu daripada tanda2 munafiq adalah apabila diberi amanah, amanah itu dikhianati...pasti tidak ada yang ingin tergolong dalam golongan ini....Namun, bila kes itu tidak dapat diselesaikan oleh seseorang kaunselor, kaunselor tersebut bolehlah menceritakan pada rakan sekerja, tetapi perlu diingat, ianya mestilah atas keizinan klien itu...Bukankah amanah itu termasuk dalam salah satu sifat mahmudah? Jadi ianya merupakan wasilah untuk lebih rapat dengan Allah....

Seterusnya, pada pendapat ana sendiri, profesyen sebagai seorang kaunselor boleh dianggap sebagai satu ibadah...ini kerana, mereka berperanan untuk menbantu klien dan memberikan jalan penyelesaian kepada klien....

Profesyen sebagai seorang kaunselor bukanlah satu pekerjaan yang mudah, ia sangat mencabar kerana kita perlu berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai ragam..jadi, yang utama perlu ada pada diri seorang kaunselor adalah kesabaran dan kebergantungan pada Allah...

Lazimnya, klien akan menjadikan kaunselor sebagai role model. Jadi, tidak dapat tidak ,seorang kaunselor mestilah menunjukkan contoh tauladan yang baik...kuat pegangan agama dan berwibawa...sanggupkah kita dibenci Allah apabila kita tidak melakukan apa yang kita perkatakan? na'uzubillah...

Baru2 ini, pensyarah ana ada mengatakan...alangkah bagusnya kalau kaunselor itu seorang yang kuat berpegang pada agama, tidak meninggalkan solat, melakukan qiamullail dan melakukan amalan2 sunat...memang...sangat indah...insyaAllah anak didikmu ini bakal memenuhi harapanmu itu wahai pendidik...doakan kejayaan ana di sini...sekian dari ana, wassalam


hadiah buat ibu ayah dan para pensyarah

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers